LATAR BELAKANG CALON :

Nama: Nurul Azwa Sharina Binti Abdullah 

Umur: 10 Tahun 

Pekerjaan : Pelajar 

Pendidikan : Sekolah Kebangsaan St Edward belimbing

 

Latar belakang

Adik Nurul Azwa Sharina Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sharina merupakan pelajar Tahun 4 di SK Saint Edward Belimbing, Padawan. Beliau berasal dari Kampung Darul Islam Belimbing.

Setiap hujung minggu dan cuti sekolah beliau menghabiskan masa untuk mengikuti Latihan ICT di NADI dan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang di anjurkan di NADI Kg Darul Islam Belimbing pada hujung minggu mahupun pada musim cuti sekolah. Beliau merupakan salah satu peserta atau ahli NADI yang sangat aktif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum  melibatkan diri dengan aktiviti NADI, adik Sharina tidak mengetahui tentang cara-cara menggunakan komputer dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat. Hal ini ditambah lagi dengan kurangnya pendedahan berkaitan komputer sama ada di sekolah mahupun di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mendaftar sebagai ahli NADI dan menghadiri kelas ICT yang diadakan, adik Sharina kini boleh menggunakan internet dan Microsoft Office lebih mahir. Beliau sering berkunjung ke NADI untuk melayari aplikasi permainan pendidikan seperti ABCya, Kuizonline dan juga Youtube. Kekerapan adik Sharina menyertai kelas ICT menjadikan dia kinimahirmenaip,melayari internet dan sebagainya.

 

Apa yang dipelajari melalui NADI

-       Mempelajari Ms.Office Word, Canva, dan edit gambar menggunakan aplikasi.

-       Kuiz online

-       Mempelajari cara mencipta kad ucapan,poster dan Video.

-       Cara yang betul dalam mencari maklumat menggunakan google.

-       Mempelajari etika dan tangunggjawab sebagai pengguna di internet.

 

Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       Membimbing dan memberikan latihan asas komputer.

-       Memberi cenderahati sebagai galakan untuk meningkatkan semangat mereka                 terus belajar dan tidak berasa jemu dalam menimba ilmu.

-       Mengadakan pertandingan untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT peserta.

      -       Sentiasa memantau tahap ICT ahli NADI.