Pada 21 November 2021 kerajaan telah melancarkan Pusat Ekonomi Digital(PEDi) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di Bandar Bera, Pahang. Sebelumnya PEDi dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) dan dahulunya juga dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang merupakan inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyeliaan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Program Pusat Internet Komuniti dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Perlaksanaan PIK ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Projek PIK merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu Projek Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL).

       Pusat Ekonomi Digital Kampung Darul Islam Belimbing yang merupakan salah satu daripada

pusat ekonomi yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 yang beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan dibuka kepada pengguna bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari bermula pada hari Isnin hingga Ahad. Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus yang telah di lantik sebagai petugas PEDi.

     Menerusi PEDi, kerajaan berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia berkeupayaan menggunakan Teknologi Informasi Dan Komunikasi (ICT). Pelbagai program latihan yang berteraskan ICT telah dianjurkan di setiap PEDi di seluruh negara. Hal ini kerana kerajaan berpendapat bahawa melalui program ini juga mereka dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat terutamanya penduduk luar bandar. Misalnya Program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang turut diperkenal semasa pembentangan belanjawan 2013. Dimana program ini bertujuan membantu lebih 50 000 usahawan mikro untuk menjalankan perniagaan atas talian. Terdapat pelbagai lagi program yang berkaitan telah dirancang yang bakal dilaksanakan oleh PEDi. Antaranya ialah Program Klik Dengan Bijak, 1 Citizen, Intel Learn Program selain daripada penyediaan internet dalam kadar bayaran yang rendah.

 

KENALI PETUGAS (PEDi)

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

Antara perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Darul Islam Belimbing adalah:

i. Latihan ICT percuma kepada pengguna (Ahli PEDi berdaftar)
ii. Latihan Keusahawanan (Ahli PEDi berdaftar)
iii. Akses Internet
iv. Fotokopi, mencetak, pengimbas (scanning), binding, laminating
v. Peminjaman peranti Tablet (Dalam dan Luar PEDi)
vi. Menaip surat/kad jemputan
vii.Mengemaskini Bantuan Kerajaan (STR), pendaftaran dan mengemaskini (SPA9i,Erecruitment,dll)

 

JUMLAH KEAHLIAN PEDi

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Darul Islam Belimbing telah membuka keahlian kepada komuniti setempat sejak mula beroperasi pada 16 Jun 2016. Ramai yang telah mendaftar diri sebagai ahli PEDi Kg Darul Islam Belimbing bagi mendapatkan perkhidmatan yang telah disediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

 

JUMLAH PENGGUNA PEDI (BERDAFTAR & BELUM BERDAFTAR)

379

AHLI BARU FEBRUARI 2024

3

KESELURUHAN AHLI PEDI

346

 

Emel petugas PEDi adalah seperti berikut Pengurus PEDi (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan Penolong Pengurus PEDi (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.). Pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan tentang aktiviti semasa yang dianjurkan oleh PEDi dengan melayari portal PEDi Kg Darul Islam Belimbing dan media sosial di alamat berikut :

 

Portal          : http://kgdarulislambelimbing.pjk.com.my

FB Page      https://www.facebook.com/PEDiKgDarulIslamBelimbing